Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku sehingga hari ini di tiga negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.<br /><br />Kawasan yang terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
